Sabtu, 2 April 2011

Bakat Anugerah dari yang Esa....


                             

 assalamualaikum....Aida percaya setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini telah ditetapkan atau telah diberi kurniaan dari Allah bakat semulajadi.Sama ada kita ketahui atau pun tanpa kita sedari yang kita ada kemahiran dan bakat semulajadi.Tidak kiralah bakat seperti menulis novel,menulis buku motivasi,berdakwah (setiap kata2 yang dia ucapkan penuh hikmat dan membuatkan pendengar menyukai cara kita berdakwah atau menasihati).Ada juga yang mempunyai bakat atau kemahiran seperti mengurut,berniaga (setiap barang yang dijual mesti laku) bakat lar jugak kan???mmmm apa lagi erkkk????haaah menyolek,sbb Aida pun ada bakat boleh menyolek ,pandai membuat hiasan hantaran,tanpa perlu pergi klass hanya dengan pemerhatian sahaja Aida boleh mencipta hiasan-hiasan yang diberikan...Syukur kerana Allah telah memberikan anugerah kepada Aida ,dengan Aida sedari...Syukur sangat-sangat...harap kawan di luar sana juga ada bakat dan kemahiran yang Allah berikan,jika kita tidak tahu bakat yang ada,cuba hayati dan nilai apa kemahiran yang selalu kita lakukan.mmmm mudahkan.Dengan kemahiran yang kita ada,please jangan sia-siakan,share ngan kawan2 or boleh buat bisnes,dah ada side income kan...Islam menggalakkan umatNya berniaga,

Mata pencarian yang paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan dari hasil usaha tangan.
Di dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang perniagaan.
Dalam menggalakkan umat Islam berniaga, Allah s.w.t. pula berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.? (An-Nisaa?:29).
Jadi gunakanlah kemahiran yang Allah berikan untuk kita melakukan perniagaan,sambil kita berniaga kita berikan pahala kepada pelanggan kita seperti beri potongan harga,menjalinkan hubungan sesama insan dengan ramah mesra,membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan.

duit mas kawin rm 22.50 (mas kahwin neg pahang)

barang hantaran tuk majlis adik Aida..ok lar tuuuuu

hiasan kain ela

make up pengantin


Picture-picture diatas ,adalah hasil kerja Aida sendiri,syukur sekali lagi diatas bakat dan kemahiran yang Allah kurniakan kepadaku,selain daripada kemahiran diatas,Aida juga boleh mengurut,tapi not for bisnes ok,at the moment lar...sekadar membantu kepada orang yang benar2 perlukan bantuan ,Aida akan hulurkan,setakat sakit kepala cikit,ambik balm sapu sendiri ok..hihihihihihi

4 ulasan:

  1. la...camtu upernya...baru tau..test dulu ...guna arahan bahasa melayu, tu la rasa lain sikit tu...pas dah ni...baru leh komen...sabar...tunggu...tekan pratonton...pelik lak word tu...

    BalasPadam
  2. hahhahaha..ape kak ngomel nih...dia first time nak komen mmg mcm tuh

    BalasPadam