Khamis, 17 Mac 2011

Biarkan Dia pergi

Erry Putera...salah seorang kawan Aida yang baik,peramah, yang pandai buat lawak dan juga selalu jugak syer ilmu agama denganku.Banyak juga pengetahuan agama yang dia berikan kepadaku...Rasa bersyukur sangat kerana aku ramai kawan yg tahu bab ilmu agama,insyaallah ,bukan saja berilmu tetapi amalkan sekali.Amat selesa sekali berkawan dengan dia...oppps sebelum tu nak bagitahu,Erry bukanlah 'kekasih' aku yer..dia hanya teman biasa yang berjaya menjadi temanku,yang bisa buatkan aku ambil berat tentang dia....maybe dia pun ambil berat tentangku juga.Perkenalan kami tidak begitu lama,pada aku berapa umur sesuatu perhubungan itu tidak penting,yang penting bolehkah hati ini menerima seseorang untuk berkawan dengan kita.????tu je syarat nak jadi kawan Aida,kena tanya HATI Aida dulu...kalau HATI setuju ,Insyaallah berkawanlah kita.So Aida shortkan cerita ,tepat jam 1.00 pagi bersamaan 18.3.2011 ,aku dapat panggilan dari Erry...terkejut jugak,dah lewat ni ,kenapa dia call,tapi aku masih tidak tidur lagi pada waktu tu,sedang bersembang2 dengan kakak angkatku...mmmm Erry memberitahu aku,saya minta maaf,saya dah tutup akaun dot dot dot..then sekarang saya nak remove no telefon Aida malam ni jugak!!!!!!!tersentap aku mendengar,lidahku kelu untuk berkata-kata..sedih,hiba,semua ada..tiada jawapan dari aku,aku hanya menjawap ,OK....airmata yang tidak patut menitis kerana dia,telah menitis juga akhirnya..Terima kasih kerana buat Aida menangis dan sedih,bukan sedih kerana kehilangan Erry tetapi sedih dengan sikap Erry yang begitu..Tiba-tiba berubah laku,Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia...kenapa Erry jadi macam tu?????Alasan dia kerana "kekasih " Erry cemburu dengan persahabatan kami....itu je alasan yer.....istighfar banyak-banyak....Aku hormati keputusan dia dan nekad tidak lagi menghubungi dia..bukan aku berdendam tapi untuk menjaga hati semua pihak..lebih baik aku biarkan dia pergiiiiiiii..semoga dia berbahagia selalu...siapalah aku untuk marah dan  menghukum sesama manusia

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).

"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim dan hubungan sesama manusia, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

2 ulasan: