Rabu, 30 Mac 2011

coretan di kampung

assalamualaikum..syukur kerana masih lagi dapat peluang menulis di blog ini..hampir 5 ari aku x jenguk blog ni...balik kampung,so biler balik kampung segala-gala aktiviti harian di K.L akan aku tinggalkan.Memang seronok sangat bila berada disamping keluarga,bersama emak,adik2ku dan anak buahku,Danish...anak buahku yang ke-3.Baru usia 3 bul..Mula-mula aku tengok Dasnish ni banyak tidur je,nape lar suka sangat pejamkan mata..hihhihihihi..jeles lar plak....so aku buat kajian sikit...bila Danish bukak je mata apa lagi aku pun try r berinteraksi dengan dia,panggil nama dia,usik pipi dia....bercakaP dengan dia,cakap je lar apa yang nak dicakap...cth:nape Danish pandang Mak Ngah?Danish nak minum susu x?encem yer dia,usik pipi dia,so dia ketawa lar..semyum lebar2...sebelum ni xde org bercakap dgn dia,tu yang dia banyak tidur je.Bila aku banyak cakap dengan dia ,dia x jadi tidur,asik ketawa dan senyum je....so nampak x?sebenarnya baby pun perlu teman utk berbicara.walaupun dorang tidak boleh menjawap apa yang kita cakap atleast respond dari baby tu ada.Semalam,30/3/2011 aku pulang dari kampung menuju ke kl..dalam perjalanan adik aku mesej bagitau Danish sesak nafas...mmmm sedih dan terkejut gak,ibu danish dah bawak danish ke hospital...aku berdoa semoga Danish ok n selamat...Alhamdulillah,Danish hanya sesak nafas sbb ada kahak dikerongkong dia,Doctor dah bagi oksigen pada dia,so dia x perlu dimasukkan ke wad...syukur sangat


     Cerita dikampung lagi:

Hari pertama dikampung,aku sampai lewat tengahari,kebetulan adik ipar aku tinggal di Raub gak,so aku suruh dia pergi ke pasar dulu untuk membeli barang mentah (untuk makan t.ari ler),kalau aku yang nak beli memg x sempat lar,samapi pun dah pukul 1pm.So aku order ayam se ekor,udang dan sayur-sayuran.Dah sampai kampung perut aku memang kelaparan sesangat,rasanya memang itu jam mau makan jugak..hihihihihi..bagus yer aku dah suh adik pempuan aku masak nasi awal2..hihihiihihhihi...kerja aku hanya masak lauk yang dibeli dipasar tadi... menu lunch ari per1 dikampung adalah udang masak peria,sebenarnya peria tu x dibeli pun ,ada stok kat umah,so aku x suka peria tu jadi busuk n x boleh dimakan baik aku campurkan dalm udang tadi...so jadilar udang sambal peria...macam dlm gmbar di atas...sedap,udang yer fresh n ader rasa manis....:)nti sambung lagi citer menu yang lain plak yer...masa dah x mengizinkan,nti kita jumpa lagi.tattata

Khamis, 24 Mac 2011

bila cinta bisa jadi buta-(cinta sesama manusia)

Cinta oh Cinta....macam-macam definasi cinta...cinta pada Aida adalah perasaan kasih dan sayang kepada seseorang,kepada makhluk Allah dan kepada maha pencipta (ALLAH)...tidak kiralar bagaimana perasaan kiter apabila mencintai seseorang ianya tetap dinamakan CINTA....1 HATI telah menjadi 2 jiwa...1 HATI telah melahirkan rasa kasih dan sayang 1 HATI telah melahirkan rasa rindu dan dendam...1 HATI ada benci ada sayang...segala-gala nya,ader didalam CINTA.Biler bercinta,segala-gala nya ingin berkongsi bersama orang yg di sayang...sayang,ari ni kiter mkn rojak buah pastu minum air teh ais tau...pastu kiter g jalan2...hihihihihih..(segala-gala ingin diberitahu)...sepanjang masa perlu di report..what u did,what u done....ishhhhhhh semua yg nak diberitahu,dengan siapa mahu pergi,kemana mahu pergi pun mesti diberitahu...rasanya masa bercinta ni kekasih lar segala-gala nya...setiap rahsia atau berita baru mesti nak disampaikan kepada kekasih dahulu...Nilar baru dinamakan cinta buta tau..mmmm dimana ibu dan ayah kita masa ni???dimana kawan2 kita masa ni???dimana saudara mara kiter ketika kita sedang asyik dilamun cinta,cinta bisa membutakan pandangan kita(not at everybody,ok)...bak kat lagu dangdut ni..bulan itu,bulan cintaaaaa...hahhahahhaha..tu je yang Aida ingat,korang ingat sambunglar.biler dalam percintaan semua yer manis belaka,muka yang kurang(bkn nak menghina ,ok)pun dikata encem,dikata cantik...perghhhh penangan cinta.....Wahai kawan-kawanku
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah ALLAH yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.that's easy kan????jadi pandai-pandailar korang untuk menilai Cinta dan bagaimana cara anda bercinta..jagalah batas-batasan,sebagai seorang muslim,tidak perlu beria-ia sangat bercinta sebelum perkahwinan...kurangkan berdua-dua(tetepi dlm agama kita memang tidak dibenarkan berdua2an yer)..tapi sekarang zaman dah moden,tepuk dada tanyalar iman anda.Aida cuba menjadi yang terbaik walaupun kadangkala tidak dapat menjadi terbaik,sekurang-kurangnya  Aida berusaha...Tegurlar diriku andai aku tersilap langkah,teguran dari kalian amat dialu-alukan..sedikit pandangan dari hadis:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu
pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang,…”(Ar-Ruum: 21)

Khamis, 17 Mac 2011

Biarkan Dia pergi

Erry Putera...salah seorang kawan Aida yang baik,peramah, yang pandai buat lawak dan juga selalu jugak syer ilmu agama denganku.Banyak juga pengetahuan agama yang dia berikan kepadaku...Rasa bersyukur sangat kerana aku ramai kawan yg tahu bab ilmu agama,insyaallah ,bukan saja berilmu tetapi amalkan sekali.Amat selesa sekali berkawan dengan dia...oppps sebelum tu nak bagitahu,Erry bukanlah 'kekasih' aku yer..dia hanya teman biasa yang berjaya menjadi temanku,yang bisa buatkan aku ambil berat tentang dia....maybe dia pun ambil berat tentangku juga.Perkenalan kami tidak begitu lama,pada aku berapa umur sesuatu perhubungan itu tidak penting,yang penting bolehkah hati ini menerima seseorang untuk berkawan dengan kita.????tu je syarat nak jadi kawan Aida,kena tanya HATI Aida dulu...kalau HATI setuju ,Insyaallah berkawanlah kita.So Aida shortkan cerita ,tepat jam 1.00 pagi bersamaan 18.3.2011 ,aku dapat panggilan dari Erry...terkejut jugak,dah lewat ni ,kenapa dia call,tapi aku masih tidak tidur lagi pada waktu tu,sedang bersembang2 dengan kakak angkatku...mmmm Erry memberitahu aku,saya minta maaf,saya dah tutup akaun dot dot dot..then sekarang saya nak remove no telefon Aida malam ni jugak!!!!!!!tersentap aku mendengar,lidahku kelu untuk berkata-kata..sedih,hiba,semua ada..tiada jawapan dari aku,aku hanya menjawap ,OK....airmata yang tidak patut menitis kerana dia,telah menitis juga akhirnya..Terima kasih kerana buat Aida menangis dan sedih,bukan sedih kerana kehilangan Erry tetapi sedih dengan sikap Erry yang begitu..Tiba-tiba berubah laku,Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia...kenapa Erry jadi macam tu?????Alasan dia kerana "kekasih " Erry cemburu dengan persahabatan kami....itu je alasan yer.....istighfar banyak-banyak....Aku hormati keputusan dia dan nekad tidak lagi menghubungi dia..bukan aku berdendam tapi untuk menjaga hati semua pihak..lebih baik aku biarkan dia pergiiiiiiii..semoga dia berbahagia selalu...siapalah aku untuk marah dan  menghukum sesama manusia

"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah". (Hadis riwayat Imam Ahmad).

"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim dan hubungan sesama manusia, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM

TIDAK MASUK SYURGA MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
(Bilangan 269 Bahagian Pertama)

بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Kesempurnaan iman seseorang didukung oleh banyak faktor, tidak hanya setakat beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan hari akhirat, bahkan hubungan sesama insan juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman seseorang.

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar risikonya bukan hanya setakat di dunia
sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala mumutuskan silaturrahim berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak atau jiran tetangga pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan
silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan.

Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk memulakan hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama, oleh itu, carilah kebijaksanaan dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

Persoalannya, apakah hukum dan kesan memutuskan silaturrahim ini? Maklumat ini perlu diketahui supaya dapat dilupakan segala punca pertelingkahan demi mencapai keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala.

Pengertian Silaturrahim

Perkataan shillah dari segi bahasa bererti gabung atau kumpul dan makna rahmi pula ialah kaum kerabat yang dekat. Dari segi istilah pula silaturrahim ialah berlaku ihsan kepada kaum
kerabat sama ada daripada pihak si penghubung dan yang dihubungkan.

Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telahpun meriwayatkan sebuah hadis qudsi, bahawa Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya:

    “Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk sehingga apabila selesai sebahagian mereka, maka tampillah Rahim dan berkata: “Ini adalah tempat orang yang berlindung dari terputusnya hubungan kekeluargaan”, Allah berfirman: “Ya, Jadi apakah kamu rela kalau Aku menyambung orang yang menyambungkanmu (mendapat balas kasih daripada Allah), dan memutuskan orang yang memutuskanmu (tidak mendapat balas kasih daripada Allah)?” Ia berkata: “Ya.” Allah berfirman: “Maka demikianlah untukmu (Allah menyambungkan rahim orang yang menyambungkan rahim dan memutuskan rahim orang yang memutuskan rahim).” (Hadits riwayat Muslim)



Berkata Imam an-Nawawi bahawa menurut ulama hakikat shillah itu ialah kemesraan dan belas kasihan. Manakala hubungan silaturrahim Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hambahambaNya
ialah dengan melimpahkan kemesraan dan belas kasihanNya kepada hambaNya dengan ihsan dan nikmat atau dengan melapangkan dada-dada hambaNya kerana ta‘at kepadaNya.

Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silaturrahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:

1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.

2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.

Hikmat pensyariatan silaturrahim

Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


    مَنْ َأحَبَّ َأ ْ ن يُبْسَ َ ط َلهُ فِي ِ رزْقِهِ، وَيُنْسََأ َلهُ فِي َأَثِرهِ، َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
    (رواه مسلم)

    Maksudnya: “Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits riwayat Muslim)



Begitu juga bersilaturrahim itu boleh menambahkan kehormatan dan pahala selepas kematiannya kerana orang-orang akan mendoakannya setiap kali disebut kebaikannya.

Hukum mengeratkan silaturrahim

Tidak ada perselisihan ulama bahawa mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat di bawah ini:

Tafsirnya:

    “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’: Ayat 1)



Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda:


    وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِْم الآخِِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
    (رواه البخاري)

    Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat
 
DAH SOLAT KE BELUM??????


Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!

Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

Kitab Fadhail Amal

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati

Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan

Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.
inginku menjadi bidadari syurga tetapi.....

Rabu, 16 Mac 2011

kepingin makan nasi mandy Arab lagi....

first time Cuba makan rasa enak x terhingga,nasik yer seperti nasi beriani tapi warna nasi TU dia pekat sikit…apa yg menarik pada nasik ni ,dihidangkan bersama ayam berempah atau daging kambing yang empuk Dan berlemak sekali..perghhhhhh memg sedap sesngt,sambil aku taip air liur pun dah meleleh nih..hihihihiihi..pergilar cari nasik nih…confirm korang x menyesal makan….

Selasa, 15 Mac 2011

'Tiada Amaran Tsunami'

minggu lepas,balik dari kerja sempat lar aida dengar stesen radio ni melaporkan tentang gempa bumi di Jepun,memang menyedihkan bila mendengar ramai yang terkorban dan bayak harta benda yang musnah.Apa yang Aida boleh buat hanyalah berdoa..berbalik kepada penyampaian berita tadi Aida tertarik untuk mencelah ,bila penyampai berita itu memberitahu buat masa ini TIADA ANCAMAN STUNAMI akan berlaku...perghhhh ayat penyampai berita tuh,so Aida pun menjawap sendirian..Ancaman dari tsunami mmglar xde tapi Ancaman dari Allah taala,manalar kita akan tahu kan?????Hanya Allah yang tahu bila sesuatu bencana akan berlaku,memang pada masa kini,teknology canggih,macam2 alat yang boleh manusia gunakan untuk mengkaji cuaca,tapi ingatlah bahawa PERINGATAN dari Allah taala tu pada bila2 masa saja....Selepas Aida mendengar berita diradio tu,pada malam hari tersebut berlakular STUNAMI dan gempa bumi sekali lagi...LIHATLAR...BILA2 SAJA ALLAH 'MENGKEHENDAKI 'sesuatu kejadian ,KUN FAYAKUN..MAKA JADILAH....LAHAULAWALAQUATABILLA HAL A'ZIM....Semoga negara kita dan negara jiran yang lain dijauhkan dari bencana alam yang dasyat ini...Adakah ini kita boleh namakan kiamat kecil wahai kawan2..wallahualam...sedikit coretan hadis:

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…" - Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a

Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku banyak gempa bumi." - (HR Bukhari)


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang- bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.Hadis Riwayat Muslim

Selasa, 8 Mac 2011

secebis ungkapan

Ingat Allah adalah penawar
Ingat hal-hal orang adalah penyakit
maksudnya:jika kita sentiasa meningati Allah swt,hati kita akan tenang,lapang dada,takut pada Keazaban dr ALLAH SWT...ingatlar Allah kerana DIA lar penawar kita..
ingat hal orang pula adalah,jika kita busy body,memfitnah dan mengumpat orang,itu adalah penyakit pada diri kita..(cari penyakit lar maknaya)....

Doa ketika ditimpa kesukaran hidup & sudah mendapatkan rezeki

saya nak share ngan kawan2 semua,ni adalah salah 1 doa yang wajib aida baca setiap ari,mmg dah disematkan didada dan dlm ingatan doa nih...alhamdulillah mmg mujarab,ketika dalam kesukaran ,insyaallah Allah memberikan bantuan kpd kiter...just yakin je..Insyaallah perkara yg sukar akan dimudahkan..Terima kasih kpd HAMBA ALLAH yg perkenalkan doa ni..klu kwn2 nak hafalkan,silakan...Al-quran itu adalah mukjizat,jadi marilah kita beramal bersama2..setiap kesukaran ,setiap masalh mesti ader jalan keluar dgn keizinan dari Allah swt...

Doa Kalbu

DOA KALBU

Judul : Do'a Qolbu
Munsyid : Fika-Mupla

dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..

di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............

doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...

hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya.......

DOA KALBUKU......

kongsi cerita

blog ni aida buat khas untuk perkongsian bersama kawan2 dan peminat blog.Bahan-bahan dalam blog ini macam-macam ader..sebab tu nama blog ni macam-macam lee aida..hihihihihihi..Aida nak lampirkan isu kandungan seperti dakwah,lirik lagu,tentang kehidupan Aida,masakan dan hadis2 Al-Quran...Segala-gala ader disini...hihihihi..Kalau anda juga ader citer menarik boleh berkongsi dengan Aida juga...Sharing is caring ya everybody....