Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Jumaat yang baraqah....agak bertahun abaikan blog ini,ingatkan Aida lupa segala password dan username tapi alhamdulillah masih ingat.Sekarang aida menetap di Johor Bahru ,hampir 4 tahun.Merantaukan,tidak diduga tidak dijangka.Itulah ketentuan Allah.Banyak juga tempat di Johor ini yang Aida sudah lawati dan juga biasa memandu.Sometime (kadang-kadang) macam tidak percaya.Berkenalan dengan kenalan baru.Membiasakan makan makanan orang johor seperti lontong,nasi ambang dan macam-macam lagi,semuanya sedap.If (jika) ada masa akan datang Aida kongsikan gambar dan tempat tempat menarik di Jb ini.Ok,Aida nak out (keluar) dulu.Assalamualaikum
Khamis, 17 Ogos 2017
Isnin, 11 Februari 2013
Kuching, Sarawak
Pada 25 jan 2013,tarikh aku and family pergi bercuti.Tempat pilihan kami bercuti adalah Kuching,Sarawak.Selain dari bercuti,dapatlah kami berjumpa dengan Jefri,anak angkat mak aku.Kami mengenali Jefri ketika dia bertugas di kampung kami iaitu Raub,Pahang.Jefri yang membawa kami berjalan-jalan di sana dan juga pemandu pelancong pak cik aku.Beberapa tempat menarik,aku paparkan di sini.
Nama tempat ini ialah Damai Beach Resort,berdekatan dengan sarawak cultural village dan berlatarbelakangkan Gunung Santubung.Pernah dengarkan lagu,puteri santubung puteri sejinjang,nilah gunug yer.
Nama tempat ini ialah Damai Beach Resort,berdekatan dengan sarawak cultural village dan berlatarbelakangkan Gunung Santubung.Pernah dengarkan lagu,puteri santubung puteri sejinjang,nilah gunug yer.
Sabtu, 9 Februari 2013
Tahun Baru 2013
Syukur alhamdulillah,dapat memasuki tahun baru ini,2013.Apa yang penting,memasuki tahun baru,berganjaklah satu tangga umur naik ke atas,bukan menurun yer.Dalam kepala otak masing-masing,sudah sibuk memasang azam.Macam-macam ideal nak pasang azam ini.opsss sebelum itu,cuba semak semula,azam tahun lepas dah tercapai ke?Macam Aida,adalah yang tercapai,yang tidak tercapai sambung ke tahun ini pula.
Bagaimana nak merealisasikan impian dan azam itu?senang sahaja,rasanya semua orang tahu lah.Mula-mula pasang niat,apa yang kita azamkan.Tulis lah di diari ke atau di kertas dan tampal ke dinding bilik.Cara yang macam ni lebih mudah di praktiskan.Bukan apa,bila balik rumah jer,buka pintu bilik dah boleh lihat tulisan azam kita ni.Itu yang membuatkan lagi bersemangat untuk merealisasikan azam kita.

Isnin, 30 April 2012
Rezeki
Bismillahirrohmanirrahim...
Engkau,aku,kamu,dia,kecil besar tua muda,semua makhluk dibumi ini telah ditetapkan rezeki dari Allah taala,samaada rezekinya suam2 kuku ataupun melimpah ruah.Samaada rezeki yer sempit seperti alor longkang atau pun sebesar empayar yang maju lagi GAH.
REZEKI...macam-macam bentuk REZEKI,diberi kesihatan yang baik pun dikira REZEKI,makan makanan yang sedap dan lazat pun REZEKI,berkahwin pun REZEKI,banyak wang dan aset itu lagiiiii lar REZEKI...syukur syukur syukur,andai Allah memberi kita rezeki.Ingatlar,andai kita mempunyai wang berjuta2,rezeki melimpah ruah,apa yang dihajati kita mendapatkannya,senang dan mudah untuk mendapatkannya,senang dimata orang tapi nak mendapatkan yer mungkin ada dugaannya.TAHU atau TIDAK,REZEKI yang datang dari ALLAH juga sebenarnya adalah ujian kepada yang empunya.Ujian dimana Allah ingin menduga samaada kita sentiasa bersyukur dan sentiasa berdoa kepadaNYA.YA....kata yang positif tapi ada juga yang semakin jauh denganNYA,bilamana yang dihajati,mudah diperolehi,mula lah,lupa segala-galanya,lupa yang REZEKI yang diperolehi tadi hanya lah ujian untuk kamu sahaja.Ya lah,nak tengok juga,adakah kamu makin mendekatkan diri kepada 'PEMBERI' atau makin JAUH dengan 'PEMBERI'.Allahuakbar,jangan lah kita seperti kacang yang lupakan kulit,time susah baru ingat DIA,berdoa siang dan malam,memohon agar diberi apa yang dihajati.Tidak salah cara kamu,tetapi yang salah dan amat mmenyedihkan,bila sudah diperolehi,solat entah ke mana dan doa pun entah kemana.
Nauzubillahminzalith...Saya tahu,kebanyakkan yang peroleh hidayah,bermula dengan UJIAN,macam-macam bentuk ujian,contoh: yang perempuan ditinggalkan kekasih,yang lelaki mencari kasih..susah yer hendak dapat kekasih atau pasangan hidup,siang malam berdoa agar dipermudahkan.Apabila Allah memakbulkan doanya,terus hilang amalan dan doa yang harian dia praktis kan.Ada juga,yang sudah lama mendirikan rumahtangga,tapi sukar mendapat zuriat..berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat,siang malam berdoa tetapi bila doa telah dimakbulkan,terus stop amal ibadat yang dilakukan selama ini.Bukan saya hendak meng aibkan sesiapa,dari pandangan mata saya,pengalaman disekeliling saya banyak terjadi perkara begini,nampak yer segala ibadat selama ini tidak ikhlas kerana lillahi taala.Biarlah ujian itu,membuat hati dan diri kita dekat dengan Allah,susah dan senang kita masih perlu dan bergantung kepada Allah.
Ya Allah,hidupkan aku dalam islam,matiku juga sebagai islam.Susah senangku dekat dengan Allah.Janganlah Engkau palingkan hati kami dengan meninggalkan suruhanMU.Uji lah kami dengan perkara yang mampu kami tanggung Ya Allah.Semoga rezeki yang kita perolehi,lagi mendekatkan diri kita kepada Allah,semoga rezeki yang kita perolehi dapat dikongsikan dengan orang sekeliling kita mengikut kemampuan kita.Rezeki adalah haq milik Allah,DIA yang memberi dan DIA juga yang akan mengambil semula daripada kita...Allahuakhbar..dunia ini hanya pinjaman,ibu bapa,adik beradik,suami dan isteri,harta benda dan yang utama,NYAWA kita juga adalah pinjaman dari yang ESA.innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun", yang ertinya "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".OK LAH,cukup sampai disini taip ku ini,semoga berjumpa lagi dilain topik dan lain halaman.Sebarkan ilmu yang bermanfaat walaupun dengan secebis kata-kata yang penuh makna.Disini saya tinggalkan beberapa doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian,selamat beramal.Assalamualaikum
doa semoga mendapat rahmat
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Marilah kita bersama -sama berdoa agar ditetapkan iman dan mendapat rahmat dari sisiNYA.
DOA DITETAPKAN PENDIRIAN
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْ الْكَافِرِينَ
(A-li 'Imran : 147)
|
Isnin, 4 April 2011
Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH
SELAWAT TAFRIJIAH Selawat ni pakcik Aida yang perkenalkan kepada Aida,Ayuhh sama2 kita selawat ke atas nabi dan manfaatkan masa yang terluang dengan selawat ini. |
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
Sabtu, 2 April 2011
Bakat Anugerah dari yang Esa....
assalamualaikum....Aida percaya setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini telah ditetapkan atau telah diberi kurniaan dari Allah bakat semulajadi.Sama ada kita ketahui atau pun tanpa kita sedari yang kita ada kemahiran dan bakat semulajadi.Tidak kiralah bakat seperti menulis novel,menulis buku motivasi,berdakwah (setiap kata2 yang dia ucapkan penuh hikmat dan membuatkan pendengar menyukai cara kita berdakwah atau menasihati).Ada juga yang mempunyai bakat atau kemahiran seperti mengurut,berniaga (setiap barang yang dijual mesti laku) bakat lar jugak kan???mmmm apa lagi erkkk????haaah menyolek,sbb Aida pun ada bakat boleh menyolek ,pandai membuat hiasan hantaran,tanpa perlu pergi klass hanya dengan pemerhatian sahaja Aida boleh mencipta hiasan-hiasan yang diberikan...Syukur kerana Allah telah memberikan anugerah kepada Aida ,dengan Aida sedari...Syukur sangat-sangat...harap kawan di luar sana juga ada bakat dan kemahiran yang Allah berikan,jika kita tidak tahu bakat yang ada,cuba hayati dan nilai apa kemahiran yang selalu kita lakukan.mmmm mudahkan.Dengan kemahiran yang kita ada,please jangan sia-siakan,share ngan kawan2 or boleh buat bisnes,dah ada side income kan...Islam menggalakkan umatNya berniaga,
Mata pencarian yang paling afdal adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan dari hasil usaha tangan.
Di dalam sebuah hadith lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembilan per sepuloh punca rezeki itu adalah di dalam bidang perniagaan.
Dalam menggalakkan umat Islam berniaga, Allah s.w.t. pula berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.? (An-Nisaa?:29).
Jadi gunakanlah kemahiran yang Allah berikan untuk kita melakukan perniagaan,sambil kita berniaga kita berikan pahala kepada pelanggan kita seperti beri potongan harga,menjalinkan hubungan sesama insan dengan ramah mesra,membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan.
duit mas kawin rm 22.50 (mas kahwin neg pahang) |
barang hantaran tuk majlis adik Aida..ok lar tuuuuu |
hiasan kain ela |
make up pengantin |
Picture-picture diatas ,adalah hasil kerja Aida sendiri,syukur sekali lagi diatas bakat dan kemahiran yang Allah kurniakan kepadaku,selain daripada kemahiran diatas,Aida juga boleh mengurut,tapi not for bisnes ok,at the moment lar...sekadar membantu kepada orang yang benar2 perlukan bantuan ,Aida akan hulurkan,setakat sakit kepala cikit,ambik balm sapu sendiri ok..hihihihihihi
Rabu, 30 Mac 2011
coretan di kampung
assalamualaikum..syukur kerana masih lagi dapat peluang menulis di blog ini..hampir 5 ari aku x jenguk blog ni...balik kampung,so biler balik kampung segala-gala aktiviti harian di K.L akan aku tinggalkan.Memang seronok sangat bila berada disamping keluarga,bersama emak,adik2ku dan anak buahku,Danish...anak buahku yang ke-3.Baru usia 3 bul..Mula-mula aku tengok Dasnish ni banyak tidur je,nape lar suka sangat pejamkan mata..hihhihihihi..jeles lar plak....so aku buat kajian sikit...bila Danish bukak je mata apa lagi aku pun try r berinteraksi dengan dia,panggil nama dia,usik pipi dia....bercakaP dengan dia,cakap je lar apa yang nak dicakap...cth:nape Danish pandang Mak Ngah?Danish nak minum susu x?encem yer dia,usik pipi dia,so dia ketawa lar..semyum lebar2...sebelum ni xde org bercakap dgn dia,tu yang dia banyak tidur je.Bila aku banyak cakap dengan dia ,dia x jadi tidur,asik ketawa dan senyum je....so nampak x?sebenarnya baby pun perlu teman utk berbicara.walaupun dorang tidak boleh menjawap apa yang kita cakap atleast respond dari baby tu ada.Semalam,30/3/2011 aku pulang dari kampung menuju ke kl..dalam perjalanan adik aku mesej bagitau Danish sesak nafas...mmmm sedih dan terkejut gak,ibu danish dah bawak danish ke hospital...aku berdoa semoga Danish ok n selamat...Alhamdulillah,Danish hanya sesak nafas sbb ada kahak dikerongkong dia,Doctor dah bagi oksigen pada dia,so dia x perlu dimasukkan ke wad...syukur sangat
Cerita dikampung lagi:
Hari pertama dikampung,aku sampai lewat tengahari,kebetulan adik ipar aku tinggal di Raub gak,so aku suruh dia pergi ke pasar dulu untuk membeli barang mentah (untuk makan t.ari ler),kalau aku yang nak beli memg x sempat lar,samapi pun dah pukul 1pm.So aku order ayam se ekor,udang dan sayur-sayuran.Dah sampai kampung perut aku memang kelaparan sesangat,rasanya memang itu jam mau makan jugak..hihihihihi..bagus yer aku dah suh adik pempuan aku masak nasi awal2..hihihiihihhihi...kerja aku hanya masak lauk yang dibeli dipasar tadi... menu lunch ari per1 dikampung adalah udang masak peria,sebenarnya peria tu x dibeli pun ,ada stok kat umah,so aku x suka peria tu jadi busuk n x boleh dimakan baik aku campurkan dalm udang tadi...so jadilar udang sambal peria...macam dlm gmbar di atas...sedap,udang yer fresh n ader rasa manis....:)nti sambung lagi citer menu yang lain plak yer...masa dah x mengizinkan,nti kita jumpa lagi.tattata

Langgan:
Catatan (Atom)